Tuesday, January 12, 2010

Salam Jutawan.

Kita telah memasuki minggu kedua 2010. Sudahkah anda menetapkan Petunjuk Prestasi serta sasaran tahun ini?

Bagi saya, hala tuju saya bagi 2010 telah disediakan. Saya telah pun merangka Peta Strategi saya untuk 2010 dimana saya telah meletakkan Visi serta Misi serta beberapa Petunjuk Prestasi dan sasaran yang perlu dicapai pada tahun ini. Kesemua ini, saya rangka serta tetapkan sebelum memasuki 2010.

Sasaran saya pada 2010 ialah untuk menjana jutaan wang. Saya telah melaksanakan beberapa cara pada tahun-tahun yang lepas untuk menjana wang dengan banyak tetapi tidak berjaya. Saya berpendapat bahawa untuk berjaya saya memerlukan seorang Guru yang berjaya.

Semalam, saya berpeluang untuk menghadiri Seminar Cash in a Flash di Kuala Lumpur. Di sana, saya telah bertemu dengan Robert G Allen. Beliau merupakan pengarang buku-buku best-seller keluaran New York Times seperti Nothing Down for the 2000's, Multiple Streams of Income, Creating Wealth, dan One Minute Millionaire. Juga, saya bertemu Patric Chan, Jutawan Internet Malaysia yang berjaya dan dikenali seluruh dunia. Saya merasakan bahawa Yang Maha Kuasa telah menemukan kami didalam suatu pertemuan yang telah ditakdirkan. Saya juga telah diberi peluang untuk menjadi salah seorang daripada 20 mentee yang akan berdampingan dengan mereka berdua untuk menjadi Jutawan Internet.

Peluang yang bagaikan 'Pucuk DiCinta Ulam Mendatang' terus saya genggam. Bagi saya peluang ini merupakan platform untuk saya berjaya dengan cemerlang dalam bidang pemasaran internet. Manakan tidak, Robert sememangnya telah berjaya menjana jutaan ringgit didalam usahanya selama ini didalam bidangnya iaitu penjualan hartanah, networking dan publishing. Patric pula sememangnya mahir didalam pemasaran internet. Maka gandingan kedua-dua ini akan membolehkan sesiapa saja yang bernaung dibawah mereka akan berjaya.

Saya merasakan bahawa 2010 merupakan tahun gemilang. Saya telah menetapkan supaya pada 1.1.11 nanti, saya akan berkongsi berita gembira dengan sahabat Jutawan semua.