Tuesday, July 28, 2009

Cari Kawan Baru


Salam Jutawan.

Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu.

Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi... erm.... Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja!

Dapatkan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

Dalam suatu artikel yang telah saya baca minggu lepas mengatakan bahawa untuk menjadi seorang yang berjaya, kita perlu bergaul dengan orang yang berjaya. Untuk menjadi orang yang kaya, semestinya kita berada dikalangan orang yang kaya! Dengan bergaul bersama orang yang kaya maka kita akan memperoleh ilmu mendapatkan kekayaan, pengetahuan mengenai cara terbaharu yang digunakan serta berita baru mengenai kekayaan yang hanya dikongsikan oleh golongan ini.

Oleh yang demikian, berusahalah untuk mencari rakan baru yang sama ada mendapat gaji yang lebih daripada kita atau memperoleh pendapatan yang lebih daripada kita.

Salam Jutawan.

No comments: