Saturday, October 10, 2009

Salam Jutawan


Suatu portal baru telah diwujudkan khasnya untuk wanita. Portal ini dikenali sebagai Anggun Ayu. Portal ini memerlukan ahli untuk berdaftar secara percuma. Ahli diberi kemudahan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan berkaitan kesihatan dan kecantikan.

Walaupun baru diwujudkan pada awal Ogos 09, keahlian portal ini telah mencecah 10,000. Ini adalah kerana ahli sedia ada diberi insentif untuk menjemput ahli baru. Insentif yang diberikan ialah berbentuk kredit, yang boleh digunakan dalam portal ini.

Insentif lain yang diberikan ialah dimana produk baru diberi 30 hari percuma untuk dipaparkan di portal ini. Selepas itu, tiap satu produk dicajkan satu kredit tiap bulan. Amat munasabah.

Pelbagai produk telah dipaparkan dan masih banyak lagi yang boleh dipaparkan. Untuk mereka yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan oleh wanita, boleh memasarkan produk atau perkhidmatan mereka di sini.

Jangan berlengah lagi. Pasaran akan diperluaskan ke Indonesia, Singapura serta Brunei. Jadi, masih belum terlambat untuk anda. Lawati Koleksi Idaman Ku.

Thursday, September 3, 2009

Salam Jutawan

Bersosial sambil menjana pendapatan....

Pelancaran web anggunayu.com web yang mempromosikan produk kecantikan, kesihatan, pakaian dan kelengkapan rumah.

Bagi yang belum berdaftar boleh lah berbuat demikian kerana web ini bukan sahaja mempromosikan produk-produk oleh ahli, tetapi juga memberi kelebihan ahli untuk menjana pendapatan sampingan dengan berbagai cara antaranya :

1. Mempromosi mana-mana produk dapat 1-10% Komisyen.

2. Menjemput rakan-rakan dari facebook, blogger, myspace atau mana-mana sahaja dapat RM8 seorang. (Tiada had)

3. Sekiranya rakan tadi berminat untuk mendaftar sebagai ahli Advance, anda dapat RM50 dan untuk akaun Gold komisyen anda RM100.

4. Anda juga boleh menjual akaun dan mendapat komisyen sebanyak RM130 untuk akaun Advance dan RM500 untuk akaun Gold.

5. Tak perlu bersusah payah untuk membuat website, s h o p p i n g cart, atau b l o g s h o p, kerana semuanya telah tersedia untuk anda P E R C U M A !

Selain berjual beli produk, laman ini menyediakan webspace untuk ada membuat blog, video share, photo share, s h o p p i n g cart dan sebagainya. Banyak kelebihan lagi sila ke anggunayu.com dan daftar lah sebagai ahli sekarang...

Tuesday, July 28, 2009

Seminar "Menjadi Juara".

Salam Jutawan.

Seminar percuma "Menjadi Juara" akan dikendalikan oleh sahabat saya, Irfan Khairi dan mentor Jutawan tidak asing lagi, Dato Dr Azman Ching telah mendapat sambutan yang amat hangat.

Berkali-kali beliau terpaksa menolak penyertaan oleh kerana dewan ceramah dipenuhi. Kini, tiba masanya untuk mereka mengendalikan sesi seminar "Menjadi Juara"buat kali terakhir!

Jadual mereka berdua adalah amat padat sekali untuk menjalankan seminar sebegini. Oleh itu, buat kali terakhir mereka akan mengendalikan seminar ini pada 29 Julai, hari Rabu, 8.00 malam di Cititel, Midvalley.

Sekiranya anda belum dapat menyertai sejak beberapa minggu yang lepas, jangan lepaskan peluang ini.

Sekiranya anda berminat, lawati http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=ed30da1f

Seperti sesi sebelum ini, pastikan anda melakukan pendaftaran awal oleh kerana tempat adalah agak terhad.
Cari Kawan Baru


Salam Jutawan.

Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu.

Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi... erm.... Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja!

Dapatkan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

Dalam suatu artikel yang telah saya baca minggu lepas mengatakan bahawa untuk menjadi seorang yang berjaya, kita perlu bergaul dengan orang yang berjaya. Untuk menjadi orang yang kaya, semestinya kita berada dikalangan orang yang kaya! Dengan bergaul bersama orang yang kaya maka kita akan memperoleh ilmu mendapatkan kekayaan, pengetahuan mengenai cara terbaharu yang digunakan serta berita baru mengenai kekayaan yang hanya dikongsikan oleh golongan ini.

Oleh yang demikian, berusahalah untuk mencari rakan baru yang sama ada mendapat gaji yang lebih daripada kita atau memperoleh pendapatan yang lebih daripada kita.

Salam Jutawan.

Saturday, February 28, 2009

Menjadi Diri Sentiasa Berfikiran Positif

Salam Jutawan. Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang menjadikan diri sentiasa berfikiran positif.

Ada seorang ayah yang menjelang ajalnya di hadapan sang isteri berpesan 2 hal kepada 2 anak laki-lakinya :-

Pertama : Jangan pernah menagih hutang kepada orang yg berhutang kepadamu.-
Kedua : Jika pergi ke kedai berniaga jangan sampai mukanya terkena sinar matahari.

Waktu berjalan terus. Dan kenyataan terjadi, bahawa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal dunia, anak yang sulung bertambah kaya sedang yang bongsu menjadi semakin miskin.

Pada suatu hari sang Ibu menanyakan hal itu kepada mereka.

Jawab Anak yang Bongsu :“Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahwa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku, akibatnya modalku susut karena orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara aku tidak boleh menagih”.

“Juga Ayah berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya harus naik teksi, padahal sebetulnya saya boleh berjalan kaki saja, tetapi karena pesan ayah itu, akibatnya penggunaan wangku bertambah banyak”.

Kepada Anak yang Sulung yang bertambah kaya, sang Ibu pun bertanya hal yang sama.

Jawab anak sulung :“Ini semua adalah kerana saya mentaati pesan ayah. Kerana Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut”.

“Juga Ayah berpesan agar supaya jika saya berangkat ke kedai atau pulang dari kedai tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya pergi ke kedai sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam.

Kerananya kedai saya buka sebelum kedai lain buka, dan tutup jauh sesudah kedai yang lain tutup.”

“Sehingga kerana kebiasaan itu, orang menjadi tahu dan kedaiku menjadi laris, kerana mempunyai jam kerja lebih lama”.

MORAL CERITA :

Kisah di atas menunjukkan bagaimana sebuah kalimat di tanggapi dengan presepsi yang berbeda.

Jika kita melihat dengan positive attitude maka segala kesulitan sebenarnya adalah sebuah perjalanan membuat kita sukses tetapi kita boleh juga terhanyut dengan adanya kesulitan kerana hal rutin kita… pilihan ada di tangan anda.

“Berusahalah melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa”.

Monday, February 16, 2009


APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?

Oleh: Irfan Khairi


Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi Jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!


**Jutawan kerja lebih daripada 70 jam seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, merekalah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat. Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya anda bekerja kurang daripada 40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan usaha anda!

**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan. Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat terlebih dahulu!


**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain. Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.


**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit, Jutawan akan tahu cara untuk menjana dua juta ringgit lagi kerana aset yang paling penting bagi seseorang Jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.


**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan Jutawan tidak suka berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir. Sering kali golongan Jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan Jutawan adalah seperti yang sering dipaparkan di kaca TV, suka membazir, maka, perbetulkan perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.


**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap Jutawan adalah suka memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, Kelab Jutawan bukanlah untuk anda!


**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan Jutawan lahirnya dalam bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak menjadi Jutawan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin sukar untuk mencapai Jutawan. Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!


**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya. Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no shortcuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin Jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.


Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke Kelab Jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan bersedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.


Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.

Monday, January 5, 2009

Apa khabar Jutawan?

Mahukah anda mengetahui bagaimana seorang kanak-kanak berumur 5 tahun mengumpul USD 50, 000 setahun? Juga, sebelum mencapai umur 20 telah mempunyai perniagaan internet dan seterusnya menjadi seorang Jutawan?

Lihatlah video ini untuk mengetahui kisahnya, Jutawan Kanak-kanak.